Final Fantasy VIII
Final Fantasy VIII

Final Fantasy VIII

Final Fantasy VIII (ファイナルファンタジーVIII, Fainaru Fantajī Eito) merupakan sebuah judul permainan video berperanan dicipta dan diterbitkan oleh Square (kini Square Enix) untuk konsol permainan video Sony PlayStation dan komputer Microsoft Windows, sebahagian daripada siri permainan video Final Fantasy. Kisahnya bertumpu dikalangan beberapa askar upahan yang terlibat dalam sebuah konflik antarabangsa, dan bertekad untuk melindungi dunia daripada seorang ahli sihir perempuan yang memanipulasi peperangan untuk keperluan dirinya sendiri.Tiga belas minggu selepas keluarannya, Final Fantasy VIII telah mengaut keuntungan lebih daripada AS $50 juta dalam jualan,[1] menjadikannya judul Final Fantasy yang paling pantas dijual. Selain itu, Final Fantasy VIII dipilih sabagai judul permainan video ke-22 yang terunggul sepanjang masa oleh para pembaca majalah Jepun Famitsu.[2]Final Fantasy VIII telah berpisah daripada standard tradisional siri Final Fantasy, di mana judul ini merupakan yang pertama dikalangan judul-judul lain dalam sirinya yang menggunakan watak-watak bercirikan aspek-aspek realistik (dari segi proposi dan sebagainya), yang pertama untuk mempamerkan muzik vokal sebagai muzik temanya, selain daripada tidak mempunyai sistem berdasarkan Magic point untuk penggunaan magik dan tidak mempunyai keperluan untuk, secara tradisionalnya, meningkatkan kuasa watak-watak.

Final Fantasy VIII

Rujukan

WikiPedia: Final Fantasy VIII http://www.next-gen.biz/index.php?option=com_conte... http://www.empirearcadia.com/community/com-016.htm http://www.empirearcadia.com/home.html http://flaregamer.com/b2article.php?p=81&more=1 http://www.gamasutra.com/newswire/news/index199912... http://www.gamespot.com http://www.gamespot.com/ps/rpg/finalfantasy8/news.... http://www.gamespot.com/ps/rpg/finalfantasy8/news.... http://psx.ign.com/articles/070/070170p1.html http://psx.ign.com/articles/071/071008p1.html